Sunday, October 9, 2011

Mentari bersinar kembali...:)

Thursday, September 8, 2011

Erti cinta...

Aku rasa sedikit sedih dan kecewa..kadang-kadang x semua benda yg kita impikan menjadi milik kita..CINTA satu perkataan yang indah tapi bukan semua orang boleh memilikinya..kekadang kita rasakan hati berbunga2 gembira kerana indahnya CINTA...kekadang hati rasa sakit bagai ditusuk-tusuk kerana bahananya CINTA...inilah CINTA manusia, CINTA yg bersifat sementara dan tidak kekal...Tetapi kalau kita CINTA Allah lebih dari CINTAkepada menusia kita akan rasa dihargai,gembira dan hati berbunga-bunga senantiasa..Ya Allah kuatkanlah keimananku dalam mencari erti CINTA yg sebenarnya...CINTA sesuatu keranamu Ya Allah...Amin.

Monday, August 22, 2011

..Selamat Hari Raya..



Wednesday, August 3, 2011

RAMADAN DATANG LAGI...

Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan. Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam. Azam untuk melakukan yang terbaik. Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak? Amukannya masih buas dan liar. Peluang keemasan terlepas dan terbiar.

Kita teringat sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yg sedang menaiki mimbar lalu Baginda menyebut "amin"sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin " sebanyak tiga kali?

     Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:
  • Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
  • Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
  • Orang yang sempat hidup dalam bulan ramadan, tetapi tidak terampun dosanya.
Ah,malangnya jika kita termasuk dalam tiga golongan itu! Lalu apakah kekesalan pada ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?Bersama-samalah kita renung-renungkan...

Tuesday, July 19, 2011

Pertunangan Princess ieka..

 Baru2 nie pada 17/7/2011 ari ahad yg lepas sahabatku telah melangsungkan pertunangannya dengan kekasih hatinya Farifizzuan Sufi..Lama jg depa berkawan akhirnya bertunang gak..tahniah diucapkan..Harap2 tahun depan cepat2 la kawin ya..Tiada apa yg dapat aku bg melainkan kek coklat moist kat depa..hehe..gambar x dan lak nak ambik..hehe

Thursday, June 23, 2011

Trip to cameron,icity n muzium negara..fuh penat deh..:)

Trip 3 hari gi Cameron,Shah Alam n Kl..Short trip but enjoyable..yg best 2 kat cameron bab tempat dia sejuk..hehe..icity lak rasa mcm ala2 ada kat england gitu..hehe well nak kongsi ckit  gmbar kenang2ngan..
alah nampak badan lak..hehe



icity in Shah Alam

Posing jap kat depan umah lama nie(Muzium Negara)

Tuesday, May 3, 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah

Daripada Abu Muslim al-Khaulani drp Mua'z bin Jabal r.a., ia berkata:"Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan drp Tuhannya dgn sabdanya:'Orang yg bercinta krn Allah berada di atas mimbar drp cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan kecuali naungannya."
       
       Abu Muslim menyambung:"Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubaidah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal,maka ia menyatakan:

      'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan drp Tuhannya yg berfirman: 'Cinta-ku berhak utk org yg bercinta krn-Ku, dan cinta-Ku berhak utk orang yg saling berkunjung kerana-Ku."Orang yg bercinta krn Allah berada diatas mimbar drp cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan keculi naungannya."
                                                                                                                                (Riwayat Ahmad)



Sunday, April 10, 2011

dadih lagi..:)

Alhamdulillah fieda dadih semakin dikenali ramai...syukur2..aku dah ada customer tetap skang..dah sebulan biznes dadih aku beroperasi..masa mula2 beroperasi 2 beserla slow ckit dlm 4 hari br abis tapi skang 2 ari dah sold out...Alhamdulillah..Plan B aku skang aku nak cuba luaskan plak la biznes dadih aku kat kantin sek..so nak cuba mintak tlong kak rubi leh  bawa masuk kat kantin sek dia ok gak...hehe..so,nie gmbar terbaru fieda dadih dgn pelbagai perisa n warna..ada strawberi,coklat,jagung n vanila..:)


..yummy..

Saturday, March 19, 2011

BARAKA..Habbatus-Sawda"KHASIAT YANG BERBEZA, PASTI ANDA TERUJA"


Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud "Tetaplah  kamu  dengan  Habbatus  Sawda  ini  kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati)".            (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Produk BARAKA - Habbatus-Sawda

Produk baraka (diperbuat di Mesir), mengandungi Habbatus-Sawda yg dikapsulkan.Mudah ditelan (gel lembut)dan senang dibawa kemana-mana(saiz poket).Untuk semua penyakit dan paling baik untuk mengeluarkan angin dari badan. Elok dimakan 1 jam sebelum makan apa-apa 3 kali sehari.

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan asid amino yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati Habbatus-Sawda berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

4. Anti-tumor
Kajian in-vitro mendapati Habbatus-Sawda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus-Sawda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna Habbatus-Sawda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus-Sawda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

1 kotak = 24 kapsul softgel = RM12.00 sekotak
Kos penghantaran = RM2.00/kotak
SESUAI untuk semua lapisan; tidak kira yang sihat (sebagai suplemen tambahan)
atau mereka yang lebih memerlukan. Dengan kuasa Allah SWT, Insya-Allah berkesan.



Wednesday, February 23, 2011

FIEDA DADIH..cuba sekali pasti nak lg..:)

                                                                     FIEDA DADIH
Salam dah lm x update blog nie..rs dah bersawang dah..hehe..Baru2 nie aku ada la borak2 ngn kakak n abg ipar pasal nak mulakan  bisnes kecil2lan nie..entah mcm mn terpikir pulak pasal dadih nie..Seperti yg kita maklum sebenarnya ramai peminat dadih kat M'sia nie..x kira melayu,cina n india..Dadih enak dimakan sebagai pencuci mulut..terutamanya sewaktu cuaca panas..mmm memang tekak rasa lega..Klu kita lihat pd bulan ramadhan x cukup syarat klu dadih x dijual di bazar..boleh dikatakan setiap stall mesti ada jual dadih..pendek kata dadih nie dah memang  sinonim dgn jiwa org M'sia kita nie..betul x?..Apa salahnya aku pun cuba bisnes dadih nie..
Firstly..target market aku letak kat dlm farmasi..(tempat keja aku)..Sambil2 org beli ubat 2 lehler cb dadih nie..budak2 sekolahpun ramai gak singgah sini..Aku cuba letak 16 cup dl..untuk peringkat permulaan aku cb buat 2 perisa dulu coklat n strawberi..satu cup dadih cm RM 1.00 ja..(murahkan)..hehe.. dalam ms 2 hari Alhamdulillah dadih aku sold out..satu permulaan yg baik.terima kasih gak wat bos aku abg man, n sahabat2 aku ika n akma yg byk promote..Thankz banyak2..Esok aku nak cb wat lebih banyak lg dadih n nak pelbagaikan lg  perisa dadih..doakan ya..AMIN..




Saturday, January 29, 2011

..Jika Aku Jatuh Cinta..



Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

Thursday, January 6, 2011

..The Lost World of Tambun..



Baru2 nie aku,mak,adik, kakak n abang ipar pergi ke salah satu water theme park yg sememangnyer taman tema semulajadi yg terbesar di M'sia nie "The Lost World of Tambun"yg terletak di  Ipoh,Perak.Sengaja kami pilih hari isnin memandangkan x ramai sangat manusia2 yg ada..jadi senang cikit nak mandi..hehe
Yg bestnya tempat nie selain drp permainan water slide, kita jg dapat menghirup suasana nyaman n menikmati pemandangan yg sangat indah kerana  terletak bersebelahan dengan  bukit-bukau..selain 2 terdapat jg mini zoo..Bagi sesiapa yg meminati sukan mencabar x salah mencuba berkayak di tasik buatan..Jadi bg sesiapa yg raser nak tenangkan fikiran 2.. n nak dapatkan sumber inspirasi 2.. bolehler plan datang ke sini..x rugi punyer..Sesuailer nama tempat nie "The Lost World" sebab raser memang macam berada di dunia lain..hik3..Next time kalau berkesempatan lg rasernyer nak pergi lg..:)