Wednesday, August 3, 2011

RAMADAN DATANG LAGI...

Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan. Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam. Azam untuk melakukan yang terbaik. Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak? Amukannya masih buas dan liar. Peluang keemasan terlepas dan terbiar.

Kita teringat sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yg sedang menaiki mimbar lalu Baginda menyebut "amin"sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin " sebanyak tiga kali?

     Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:
  • Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
  • Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
  • Orang yang sempat hidup dalam bulan ramadan, tetapi tidak terampun dosanya.
Ah,malangnya jika kita termasuk dalam tiga golongan itu! Lalu apakah kekesalan pada ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?Bersama-samalah kita renung-renungkan...