Sunday, April 10, 2011

dadih lagi..:)

Alhamdulillah fieda dadih semakin dikenali ramai...syukur2..aku dah ada customer tetap skang..dah sebulan biznes dadih aku beroperasi..masa mula2 beroperasi 2 beserla slow ckit dlm 4 hari br abis tapi skang 2 ari dah sold out...Alhamdulillah..Plan B aku skang aku nak cuba luaskan plak la biznes dadih aku kat kantin sek..so nak cuba mintak tlong kak rubi leh  bawa masuk kat kantin sek dia ok gak...hehe..so,nie gmbar terbaru fieda dadih dgn pelbagai perisa n warna..ada strawberi,coklat,jagung n vanila..:)


..yummy..

Saturday, March 19, 2011

BARAKA..Habbatus-Sawda"KHASIAT YANG BERBEZA, PASTI ANDA TERUJA"


Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud "Tetaplah  kamu  dengan  Habbatus  Sawda  ini  kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati)".            (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Produk BARAKA - Habbatus-Sawda

Produk baraka (diperbuat di Mesir), mengandungi Habbatus-Sawda yg dikapsulkan.Mudah ditelan (gel lembut)dan senang dibawa kemana-mana(saiz poket).Untuk semua penyakit dan paling baik untuk mengeluarkan angin dari badan. Elok dimakan 1 jam sebelum makan apa-apa 3 kali sehari.

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan asid amino yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati Habbatus-Sawda berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

4. Anti-tumor
Kajian in-vitro mendapati Habbatus-Sawda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus-Sawda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna Habbatus-Sawda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus-Sawda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

1 kotak = 24 kapsul softgel = RM12.00 sekotak
Kos penghantaran = RM2.00/kotak
SESUAI untuk semua lapisan; tidak kira yang sihat (sebagai suplemen tambahan)
atau mereka yang lebih memerlukan. Dengan kuasa Allah SWT, Insya-Allah berkesan.



Wednesday, February 23, 2011

FIEDA DADIH..cuba sekali pasti nak lg..:)

                                                                     FIEDA DADIH
Salam dah lm x update blog nie..rs dah bersawang dah..hehe..Baru2 nie aku ada la borak2 ngn kakak n abg ipar pasal nak mulakan  bisnes kecil2lan nie..entah mcm mn terpikir pulak pasal dadih nie..Seperti yg kita maklum sebenarnya ramai peminat dadih kat M'sia nie..x kira melayu,cina n india..Dadih enak dimakan sebagai pencuci mulut..terutamanya sewaktu cuaca panas..mmm memang tekak rasa lega..Klu kita lihat pd bulan ramadhan x cukup syarat klu dadih x dijual di bazar..boleh dikatakan setiap stall mesti ada jual dadih..pendek kata dadih nie dah memang  sinonim dgn jiwa org M'sia kita nie..betul x?..Apa salahnya aku pun cuba bisnes dadih nie..
Firstly..target market aku letak kat dlm farmasi..(tempat keja aku)..Sambil2 org beli ubat 2 lehler cb dadih nie..budak2 sekolahpun ramai gak singgah sini..Aku cuba letak 16 cup dl..untuk peringkat permulaan aku cb buat 2 perisa dulu coklat n strawberi..satu cup dadih cm RM 1.00 ja..(murahkan)..hehe.. dalam ms 2 hari Alhamdulillah dadih aku sold out..satu permulaan yg baik.terima kasih gak wat bos aku abg man, n sahabat2 aku ika n akma yg byk promote..Thankz banyak2..Esok aku nak cb wat lebih banyak lg dadih n nak pelbagaikan lg  perisa dadih..doakan ya..AMIN..




Saturday, January 29, 2011

..Jika Aku Jatuh Cinta..



Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin….

Thursday, January 6, 2011

..The Lost World of Tambun..



Baru2 nie aku,mak,adik, kakak n abang ipar pergi ke salah satu water theme park yg sememangnyer taman tema semulajadi yg terbesar di M'sia nie "The Lost World of Tambun"yg terletak di  Ipoh,Perak.Sengaja kami pilih hari isnin memandangkan x ramai sangat manusia2 yg ada..jadi senang cikit nak mandi..hehe
Yg bestnya tempat nie selain drp permainan water slide, kita jg dapat menghirup suasana nyaman n menikmati pemandangan yg sangat indah kerana  terletak bersebelahan dengan  bukit-bukau..selain 2 terdapat jg mini zoo..Bagi sesiapa yg meminati sukan mencabar x salah mencuba berkayak di tasik buatan..Jadi bg sesiapa yg raser nak tenangkan fikiran 2.. n nak dapatkan sumber inspirasi 2.. bolehler plan datang ke sini..x rugi punyer..Sesuailer nama tempat nie "The Lost World" sebab raser memang macam berada di dunia lain..hik3..Next time kalau berkesempatan lg rasernyer nak pergi lg..:)





Monday, December 20, 2010

Aku dan Kekasihku.

Kali ni aku nak kongsikan tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni.. tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Pasti akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA -> direct! Pergghh !!

Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa peace aje. For surelah...KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni... tak pernah nak sakitkan hati aku. Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan?

DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat & contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke... spiritual ke... emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

Sebelum ni, aku pernah gak frust. Memang sedih giler la masa tu. Ye la, cinta bagai nak rak, tiba-tiba clash gitu aje. Tapi KEKASIH aku yg ni lain, DIA tak kisah pun dengan cerita aku frust tu. Siap bagi semangat lagi. DIA takde jeles pun.

Cuma aku je yang jeles dengan DIA. Memang ramai yang jatuh cinta dekat DIA. So, aku pun kenalah usaha betul-betul. Kata orang putih ~what you give, you get back~

So, kalau aku usaha lebih sikit, aku dapat lebih la, kan? KEKASIH aku ni baik sangat-sangat.

Perfect! Tu yang kadang-kadang aku tengah-tengah malam... pukul 3-4 pagi tu pun, kalau aku terjaga, aku sure akan contact DIA. Rindu aaaa! Sebenarnya, KEKASIH aku ni kaya... millionaire... billionaire...dan entah apa-apa naire lagi... tu yang pemurah sangat tu. Semua keperluan hidup aku, DIA yang support... percaya tak?

Free of charge... tapi aku tak sedap hati la... mestilah kena hargai apa yang DIA bagi tu, kan? Mak aku kata, kalau orang dah bagi, suka ke tak suka, amik aje la.. .pastu pandai-pandailah membalas budi.. tu yang buat aku sanggup berkorban apa sahaja... cheewah!

DIA suruh aku belajar sungguh-sungguh. Kalau boleh belajar semua ilmu. Sebab, KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius dan lain-lain...DIA kata, tanpa ilmu, setiap amal yang aku buat semua sia-sia. DIA pun tambah sayang kat aku kalau aku rajin belajar.

Malu la sebenarnya nak cakap ni...

Emm... aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun. Belum bersedia la... tapi KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa. Sekarang ni menghitung hari la aku ni. Tapi kecut perut gak! Takuut! Aku mesti prepare awal-awal.

Daripada surat-surat DIA yang ada tu, aku tahu la apa yang DIA suka, apa yang DIA tak suka. Mestilah aku nak buat apa yang DIA suka, jadi, DIA tambah-tambah sayang la kat aku, kan? Takpe la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa-sapa yang DIA sayang, DIA bagi hadiah special yang aku tak pernah terfikir pun!

Ish! Rindu sangat dah ni!

Kekasih.. Aku berjanji, aku akan pertahankan cinta suci ini..
Walau nyawa digalang ganti, menggadaikan cinta teragung ini..
Tidak sama sekali..
Walaupun tak pernah berjumpa, aku tetap bahagia..
Itulah kekasihku.. Allah SWT.. cinta teragungku!

Sunday, November 28, 2010

Pengalamanku pasal ubat..

Pada entry kali ini aku ingin berkongsi pengalaman diriku mengenai ubat2tan nie..Sebelum nie kalau sebut pasal sakit2 nie dlm kepalaku hanya terbayangkan panadol..panadol3..penyelesai masalahku..Maklumlah bukan aku ambil tau sangat pasal ubat2 nie..hehe..Tapi sumer 2 berakhir setelah aku diterima bekerja di salah sebuah farmasi(EXCELCARE CHEMIST)terletak berhampiran rumahku..Advantage tempat kerja aku nie bab letaknya dekat sangat ngan rumahku..jalan kaki 2 minit dah sampai..hehe makan mak datang hantar ja..ishh pendek kata jimat2..haha,,Ok berbalik pada cita ubat tadi,diawal pengenalan aku tentang ubat nie agak sukar jg aku menghafal dan mengenal nama2 ubat n kegunaanya..Tapi diatas sokongan dan bantuan bos aku (abg Man) n sahabatku (Ika) dalam ms 2 bulan Alhamdulillah aku mula menjual ubat2tan seperti demam,batuk,tahan sakit dan selesema..Mingu,bulan pejam celik2 dah hampir setahun lebih usia pekerjaan aku skang..Aku mula enjoy dengan ubat2tan yg ada...antara ubat2tan yg selalu customer cari seperti ubat:

Control Medicine
  •        Demam   = (Mefenamic acid 500mg(adult)) ,(Syrup mefenamic acid 250mg(children))
  •        Selesema =(Clopheniramine 4mg,citirizine 10mg(adult))
  •        Batuk      =(Diphenhydramine)
  •        Urat        = (Diclofenac sodium 50mg)
  •        Kencing manis =(Glibenclamide 4mg,Metformin 500mg)
  •        Darah tinggi = (Atenolol 10mg,Amlodiphine 5mg)
  •        Tahan sakit =(Paracetamol,Mefenamic acid,Ibuprofen,Sunprox)
Selain control medicine nie di farmasi aku jg ada menjual supliment2 yg lain seperti rx lite,jus minuman kesihatan,losyen herba dan berbagai2 lg..hai farmasi skang bkan jual ubat terkawal sj..tapi mcm2 ada..