Monday, August 22, 2011

..Selamat Hari Raya..



Wednesday, August 3, 2011

RAMADAN DATANG LAGI...

Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan. Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam. Azam untuk melakukan yang terbaik. Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak? Amukannya masih buas dan liar. Peluang keemasan terlepas dan terbiar.

Kita teringat sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yg sedang menaiki mimbar lalu Baginda menyebut "amin"sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin " sebanyak tiga kali?

     Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:
  • Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
  • Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
  • Orang yang sempat hidup dalam bulan ramadan, tetapi tidak terampun dosanya.
Ah,malangnya jika kita termasuk dalam tiga golongan itu! Lalu apakah kekesalan pada ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?Bersama-samalah kita renung-renungkan...

Tuesday, July 19, 2011

Pertunangan Princess ieka..

 Baru2 nie pada 17/7/2011 ari ahad yg lepas sahabatku telah melangsungkan pertunangannya dengan kekasih hatinya Farifizzuan Sufi..Lama jg depa berkawan akhirnya bertunang gak..tahniah diucapkan..Harap2 tahun depan cepat2 la kawin ya..Tiada apa yg dapat aku bg melainkan kek coklat moist kat depa..hehe..gambar x dan lak nak ambik..hehe

Thursday, June 23, 2011

Trip to cameron,icity n muzium negara..fuh penat deh..:)

Trip 3 hari gi Cameron,Shah Alam n Kl..Short trip but enjoyable..yg best 2 kat cameron bab tempat dia sejuk..hehe..icity lak rasa mcm ala2 ada kat england gitu..hehe well nak kongsi ckit  gmbar kenang2ngan..
alah nampak badan lak..hehe



icity in Shah Alam

Posing jap kat depan umah lama nie(Muzium Negara)

Tuesday, May 3, 2011

Keutamaan Cinta Kerana Allah

Daripada Abu Muslim al-Khaulani drp Mua'z bin Jabal r.a., ia berkata:"Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan drp Tuhannya dgn sabdanya:'Orang yg bercinta krn Allah berada di atas mimbar drp cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan kecuali naungannya."
       
       Abu Muslim menyambung:"Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubaidah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal,maka ia menyatakan:

      'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan drp Tuhannya yg berfirman: 'Cinta-ku berhak utk org yg bercinta krn-Ku, dan cinta-Ku berhak utk orang yg saling berkunjung kerana-Ku."Orang yg bercinta krn Allah berada diatas mimbar drp cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan keculi naungannya."
                                                                                                                                (Riwayat Ahmad)



Sunday, April 10, 2011

dadih lagi..:)

Alhamdulillah fieda dadih semakin dikenali ramai...syukur2..aku dah ada customer tetap skang..dah sebulan biznes dadih aku beroperasi..masa mula2 beroperasi 2 beserla slow ckit dlm 4 hari br abis tapi skang 2 ari dah sold out...Alhamdulillah..Plan B aku skang aku nak cuba luaskan plak la biznes dadih aku kat kantin sek..so nak cuba mintak tlong kak rubi leh  bawa masuk kat kantin sek dia ok gak...hehe..so,nie gmbar terbaru fieda dadih dgn pelbagai perisa n warna..ada strawberi,coklat,jagung n vanila..:)


..yummy..

Saturday, March 19, 2011

BARAKA..Habbatus-Sawda"KHASIAT YANG BERBEZA, PASTI ANDA TERUJA"


Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud "Tetaplah  kamu  dengan  Habbatus  Sawda  ini  kerana sesungguhnya padanya terdapat penawar segala penyakit kecuali As-Sam (mati)".            (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Produk BARAKA - Habbatus-Sawda

Produk baraka (diperbuat di Mesir), mengandungi Habbatus-Sawda yg dikapsulkan.Mudah ditelan (gel lembut)dan senang dibawa kemana-mana(saiz poket).Untuk semua penyakit dan paling baik untuk mengeluarkan angin dari badan. Elok dimakan 1 jam sebelum makan apa-apa 3 kali sehari.

1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan monosaccharide glukosa, xylosa dsb. Polysaccharide fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan asid amino yang membentuk protein karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati Habbatus-Sawda berupaya meningkatkan sistem imunisasi (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

4. Anti-tumor
Kajian in-vitro mendapati Habbatus-Sawda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus-Sawda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna Habbatus-Sawda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus-Sawda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

1 kotak = 24 kapsul softgel = RM12.00 sekotak
Kos penghantaran = RM2.00/kotak
SESUAI untuk semua lapisan; tidak kira yang sihat (sebagai suplemen tambahan)
atau mereka yang lebih memerlukan. Dengan kuasa Allah SWT, Insya-Allah berkesan.