Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan
Thursday, September 8, 2011
Erti cinta...
Aku rasa sedikit sedih dan kecewa..kadang-kadang x semua benda yg kita impikan menjadi milik kita..CINTA satu perkataan yang indah tapi bukan semua orang boleh memilikinya..kekadang kita rasakan hati berbunga2 gembira kerana indahnya CINTA...kekadang hati rasa sakit bagai ditusuk-tusuk kerana bahananya CINTA...inilah CINTA manusia, CINTA yg bersifat sementara dan tidak kekal...Tetapi kalau kita CINTA Allah lebih dari CINTAkepada menusia kita akan rasa dihargai,gembira dan hati berbunga-bunga senantiasa..Ya Allah kuatkanlah keimananku dalam mencari erti CINTA yg sebenarnya...CINTA sesuatu keranamu Ya Allah...Amin.
Monday, August 22, 2011
Wednesday, August 3, 2011
RAMADAN DATANG LAGI...
Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan. Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam. Azam untuk melakukan yang terbaik. Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak? Amukannya masih buas dan liar. Peluang keemasan terlepas dan terbiar.
Kita teringat sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yg sedang menaiki mimbar lalu Baginda menyebut "amin"sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin " sebanyak tiga kali?
Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:
- Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
- Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
- Orang yang sempat hidup dalam bulan ramadan, tetapi tidak terampun dosanya.
Ah,malangnya jika kita termasuk dalam tiga golongan itu! Lalu apakah kekesalan pada ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?Bersama-samalah kita renung-renungkan...
Tuesday, July 19, 2011
Pertunangan Princess ieka..
Baru2 nie pada 17/7/2011 ari ahad yg lepas sahabatku telah melangsungkan pertunangannya dengan kekasih hatinya Farifizzuan Sufi..Lama jg depa berkawan akhirnya bertunang gak..tahniah diucapkan..Harap2 tahun depan cepat2 la kawin ya..Tiada apa yg dapat aku bg melainkan kek coklat moist kat depa..hehe..gambar x dan lak nak ambik..hehe
Thursday, June 23, 2011
Trip to cameron,icity n muzium negara..fuh penat deh..:)
Trip 3 hari gi Cameron,Shah Alam n Kl..Short trip but enjoyable..yg best 2 kat cameron bab tempat dia sejuk..hehe..icity lak rasa mcm ala2 ada kat england gitu..hehe well nak kongsi ckit gmbar kenang2ngan..
alah nampak badan lak..hehe
icity in Shah Alam
Posing jap kat depan umah lama nie(Muzium Negara)
Tuesday, May 3, 2011
Keutamaan Cinta Kerana Allah
Daripada Abu Muslim al-Khaulani drp Mua'z bin Jabal r.a., ia berkata:"Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan drp Tuhannya dgn sabdanya:'Orang yg bercinta krn Allah berada di atas mimbar drp cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan kecuali naungannya."
Abu Muslim menyambung:"Kemudian aku keluar hingga bertemu Ubaidah bin al-Samit, lalu aku menyebutkan kepadanya hadis Mu'az bin Jabal,maka ia menyatakan:
'Aku mendengar Rasulullah s.a.w menceritakan drp Tuhannya yg berfirman: 'Cinta-ku berhak utk org yg bercinta krn-Ku, dan cinta-Ku berhak utk orang yg saling berkunjung kerana-Ku."Orang yg bercinta krn Allah berada diatas mimbar drp cahaya dlm naungan Arasy pada hari yg tiada naungan keculi naungannya."
(Riwayat Ahmad)
Sunday, April 10, 2011
dadih lagi..:)
Alhamdulillah fieda dadih semakin dikenali ramai...syukur2..aku dah ada customer tetap skang..dah sebulan biznes dadih aku beroperasi..masa mula2 beroperasi 2 beserla slow ckit dlm 4 hari br abis tapi skang 2 ari dah sold out...Alhamdulillah..Plan B aku skang aku nak cuba luaskan plak la biznes dadih aku kat kantin sek..so nak cuba mintak tlong kak rubi leh bawa masuk kat kantin sek dia ok gak...hehe..so,nie gmbar terbaru fieda dadih dgn pelbagai perisa n warna..ada strawberi,coklat,jagung n vanila..:)
..yummy..
Subscribe to:
Posts (Atom)





