Thursday, August 9, 2012

Lg 9 hari nak raya...

Rasanya dah lama x jengah nengok blog (mutiara cintaku) nie..agak bersawang gak ler..hehe setelah sapu, sawang2 dah bersih dah..jeng2..huhu Wah kira2 lagi 9 hari je lagi nak raya..kat umah tu dah bunyi pang, pung, pang, bom..(bunyi mercun ler)..sapa lagi kalau x bukan anak jiran n the geng (adik2 n abang2ku)..bukan nyer muda lagi tapi sama naik ngan budak2..HAHA..Sesak n sakit jantung juga diriku nie dibuat mereka..Tapi kat sini diri ini paling risau n gabra (orang penang kata)cek nak kena wat BISKUT raya tahun nie..PRAM2..Mak dah pencen dia nak nengok anak dia wat pulak..sebenarnya kalau mak suruh buat kek ke ok juga sebab tu memang my kepakaran..hehe ini BISKUT??adoi.. Tapi x pa ku cuba sahut cabaran mak..bermula ler proses mencari n mengumpul resepi2 biskut terbaru je ye..akhirnyer jeng..jeng..jeng..dah jumpa resepi..hehe Oklah hari sabtu nie baru cek nak gi beli bahan2 untuk buat biskut..Doakan biskutku jadi yer..Amin..

Sunday, October 9, 2011

Mentari bersinar kembali...:)

Thursday, September 8, 2011

Erti cinta...

Aku rasa sedikit sedih dan kecewa..kadang-kadang x semua benda yg kita impikan menjadi milik kita..CINTA satu perkataan yang indah tapi bukan semua orang boleh memilikinya..kekadang kita rasakan hati berbunga2 gembira kerana indahnya CINTA...kekadang hati rasa sakit bagai ditusuk-tusuk kerana bahananya CINTA...inilah CINTA manusia, CINTA yg bersifat sementara dan tidak kekal...Tetapi kalau kita CINTA Allah lebih dari CINTAkepada menusia kita akan rasa dihargai,gembira dan hati berbunga-bunga senantiasa..Ya Allah kuatkanlah keimananku dalam mencari erti CINTA yg sebenarnya...CINTA sesuatu keranamu Ya Allah...Amin.

Monday, August 22, 2011

..Selamat Hari Raya..



Wednesday, August 3, 2011

RAMADAN DATANG LAGI...

Ramadan datang lagi dengan ribuan peluang untuk meraih kebaikan dan keberkatan. Sebelumnya kita menunggu dengan pelbagai harapan dan azam. Azam untuk melakukan yang terbaik. Namun, mengapa nafsu masih tidak jinak? Amukannya masih buas dan liar. Peluang keemasan terlepas dan terbiar.

Kita teringat sebuah hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w. yg sedang menaiki mimbar lalu Baginda menyebut "amin"sebanyak tiga kali. Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut "amin " sebanyak tiga kali?

     Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa Jibrail datang ketika itu dan berdoa. Sangat kecewa dan rugilah bagi:
  • Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
  • Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
  • Orang yang sempat hidup dalam bulan ramadan, tetapi tidak terampun dosanya.
Ah,malangnya jika kita termasuk dalam tiga golongan itu! Lalu apakah kekesalan pada ramadan yang lalu akan berulang lagi tahun ini?Bersama-samalah kita renung-renungkan...

Tuesday, July 19, 2011

Pertunangan Princess ieka..

 Baru2 nie pada 17/7/2011 ari ahad yg lepas sahabatku telah melangsungkan pertunangannya dengan kekasih hatinya Farifizzuan Sufi..Lama jg depa berkawan akhirnya bertunang gak..tahniah diucapkan..Harap2 tahun depan cepat2 la kawin ya..Tiada apa yg dapat aku bg melainkan kek coklat moist kat depa..hehe..gambar x dan lak nak ambik..hehe

Thursday, June 23, 2011

Trip to cameron,icity n muzium negara..fuh penat deh..:)

Trip 3 hari gi Cameron,Shah Alam n Kl..Short trip but enjoyable..yg best 2 kat cameron bab tempat dia sejuk..hehe..icity lak rasa mcm ala2 ada kat england gitu..hehe well nak kongsi ckit  gmbar kenang2ngan..
alah nampak badan lak..hehe



icity in Shah Alam

Posing jap kat depan umah lama nie(Muzium Negara)